Saturday, August 18, 2007

Kelemahan Melayu bukan kelemahan Islam

Sdara/i yang dihormati,

bukan mudah jika mahu menjadi penganut Islam sejati atau yang dikatakan true Muslim. Sebabnya ialah bukan semua Melayu itu Islam dan Islam tidak semestinya Melayu. Islam itu universal dan sesiapa sahaja boleh memeluk Islam. Sama ada ia Melayu, Cina, India, Sikh atau sesiapa sahaja...mereka boleh memeluk Islam. Islam-Melayu di Malaysia hanya ada pada nama sahaja; bukan semestinya Islam tulen. Mereka ada yang Islam kerana adat atau keturunan; kadangkala ibubapa atau suku-sakat merekapun tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Islam itu syumul dan adalah way of life dan bukan ikut-ikutan. Ia tidak boleh dipisahkan antara dunia dan akhirat. Yang ada kini ialah ramai orang Melayu yang menjadi Islam ikut-ikutan. Mereka Islam apabila mereka lahir, nikah-kahwin dan mati...yang lain itu ikut keadaan. Ramai juga sahabat dan rakan bukan Islam bertanya kepada saya kenapa ramai orang Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang syumul? Saya kata, mereka hanya Islam pada nama dan adat dan bukan yang sebenarnya. Mereka Melayu-Islam, tapi mereka bukan true follower. Islam mereka jadi Islam ikut-ikutan. Mereka ramai yang menjadi kufur ( tahu tapi tak amalkan ). Yang kafir ini lain pula, mereka memang ingkar untuk memeluk Islam. Orang kufur lebih buruk daripada orang kafir; sekurang-kurangnya orang kafir memang ingkar, tapi yang kufur tapi tak buat. Semoga Allah swt memeberi hidayah kepada mereka. Amin